Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. SK BANDAR SAMARIANG "Berilmu, Berkualiti, Berbakti"
ENGLISH LANGUAGE FESTIVAL 
Telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada 22 ogos 2015.Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang festival diadakan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat






Malaysia #sehatisejiwa adalah cerminan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan Malaysia #sehatisejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan,
 adat resam dan negeri kelahiran.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan Malaysia #sehatisejiwa mampu menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. Malaysia #sehatisejiwa adalah titian hubungan – yang jauh di dekat, ukhuwah dipererat. 
Selamanya…


Bentuk HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
BULAN pula adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala 

BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
PETA Malaysia menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung negara.
GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU, MERAH PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.